jump to navigation

GURU AEROBIK 05/16/2010

Posted by kerjadibrunei in INFO KERJA.
Tags: , , ,
add a comment

DI Brunei Darussalam juga saat ini membutuhkan guru (pengajar) atau instruktur AEOROBIK. Fasilitas makan dan tempat tinggal. Gaji per bulan tergantung pengalaman antara 350 – 500/Bulan.

jIKA  anda memiliki pengalaman bekerja sebagai instruktur Aerobik silakan kirimkan scan paspor dan foto anda ke alamat email kami di : kerja.brunei@yahoo.com

Lowongan Kerja Professional 05/13/2010

Posted by kerjadibrunei in INFO KERJA.
Tags:
1 comment so far

Berita Baik. Posisi kerja terbatas. Segera !
Saat ini kami membutuhkan 1 (satu) orang lulusan Sarjana Teknik Sipil (Civil Engineering) dan lulusan Sarjana Akuntansi. Berikut penjelasannya.
1. Civil Engineering.
Pengalaman 2 (dua) tahun di bidang projek sipil.
Umur maksimal 35 tahun.
Sehat jasmani dan rohani.
Memiliki paspor yang masih berlaku.
Fasilitas : Gaji 2000 (Dua Ribu) Dollar Brunei/ Bulan. Kontrak 2 tahun.

2. Accounting.
Pengalaman 2 (dua) tahun di bidang projek sipil.
Umur maksimal 35 tahun.
Sehat jasmani dan rohani.
Memiliki paspor yang masih berlaku.
Gaji : 800 – 1000 Dollar Brunei/Bulan. Kontrak 2 tahun.

Catatan : Proses pengurusan visa kerja lebih kurang 1 bulan dari keputusan penerimaan. Kami mengenakan biaya administrasi dan biaya agensi untuk posisi kerja tersebut di atas. Silakan kirim cv anda yang lengkap beserta scan paspor dan foto anda ke alamat email kami di : kerja.brunei@yahoo.com atau kerja.brunei@gmail.com atau kerja.brunei@hotmail.com .
Terimakasih.

Berikut adalah link untuk melanggan (subscriber) tentang kerja di Brunei (Job Info).
Subscribe to Mau Kerja di Brunei bergaji Dollar? by Email

INFO LOWONGAN KERJA 05/03/2010

Posted by kerjadibrunei in INFO KERJA.
Tags: , ,
add a comment

Saat ini di Brunei Darussalam ada posisi kerja kosong antara lain :

1. Driver (Pemandu/Sopir)

2. Pelayan Restoran Khusus Perempuan

3. Bangunan/Konstruksi

4. Carpenter (Tukang Kayu)

5. Tukang Kebun

6. Pembantu Rumah Tangga (Amah)

Waktu pengurusan izin kerja dan visanya lebih kurang 1 bulan dari permohonan ke  Negara Brunei Darussalam.  Keputusan permohonan tersebut tergantung pada Jabatan Imigresyen Buruh NBD.

Bagi anda yang berminat mengisi posisi kerja tersebut di atas wajib menguruskan paspor. Kami sarankan paspor 48 halaman agar lebih mudah dan lebih lama waktunya.

Dalam waktu dekat, kami juga akan menawarkan pekerjaan di Shell Brunei Darussalam. (BSM/ Brunei Shell Marketing). Segeralah anda kirimkan scan paspor halaman depan dan belakang serta BIODATA lengkap anda berserta scan foto kepada kami. Kirimkan ke email :      kerja.brunei@yahoo.com atau kerja.brunei@gmail.com atau kerja.brunei@hotmail.com

Terimakasih.

Subscribe to Mau Kerja di Brunei bergaji Dollar? by Email

PRAKATA 05/02/2010

Posted by kerjadibrunei in Dari Kami.
add a comment

Selamat datang di Web-blog kami ini.

Kami menyediakan informasi kerja di Brunei Darussalam.

Silakan menjelajahi web blog ini. Semoga berfaedah bagi kita semua.

Hormat Kami,

Admin Blog.

MENGENAL NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (NBD) 05/02/2010

Posted by kerjadibrunei in Dari Kami.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Brunei atau secara rasminya Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia.

Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.

Brunei dibahagikan kepada empat daerah:

Daerah-daerah Brunei dibahagikan lagi kepada 38 mukim.

Etnik

Berdasarkan Lembaga Perlambangan Negara Brunei Darussalam iaitu bermula pada tahun 1984, etnik Negara Brunei Darussalam terdiri daripada puak atau rumpun jati secara rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan, iaitu:-

  1. Melayu Brunei
  2. Kedayan
  3. Tutong
  4. Dusun
  5. Belait
  6. Murut
  7. Bisaya

Walau bagaimanapun, penduduk tetap Negara Brunei Darussalam ada juga berbilang bangsa seperti bangsa Inggeris, Cina, India, minoriti kaum etnik dari Malaysia Sarawak dan Sabah seperti Iban.

Bahasa

Bahasa rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Bahasa Melayu seperti juga di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di tanah Nusantara yang lain. Akan tetapi perbualan atau pertuturan hanya digunakan di dalam dialek atau loghat Melayu Brunei. Bahasa lain ada juga digunakan seperti di kalangan puak atau etnik yang lainnya seperti bahasa Kedayan, Murut, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Iban. Bahasa Inggeris juga dipertuturkan dengan meluas dan dipelajari di institusi pendidikan. Bahasa Cina, digunakan oleh sebilangan kaum Cina di Negara Brunei Darussalam.

Geografi

Brunei terdiri daripada dua bahagian yang tidak berkaitan; 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar, dengan hanya kira-kira 10,000 orang tinggal di daerah Temburong, iaitu bahagian timur yang bergunung-ganang. Jumlah penduduk Brunei ialah 383,000 orang. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan. Sebilangan bandar utama termasuk bandar pelabuhan Muara, serta bandar Seria yang mengeluarkan minyak, dan Kuala Belait, bandar jirannya. Di daerah Belait, kawasan Panaga ialah kampung halaman kepada sebilangan besar rakyat asing, disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini.

Iklim Brunei ialah tropika khatulistiwa, dengan suhu serta kelembapan yang tinggi, dan sinaran matahari serta hujan lebat pada sepanjang tahun.

Ekonomi

Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran [keusahawanan] dalam negeri dan asing, kawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli membentuk hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Brunei. Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan isi rumah. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang merupakan syarikat penerbangan negara sedang berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara Eropah dan Australia/New Zealand. Syarikat ini juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama.

Demografi

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok etnik minoriti terdiri daripada lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Kaum-kaum ini juga membayangkan bahasa-bahasa yang paling penting: bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi. Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas, dan terdapat komuniti ekspatriat yang agak besar dengan sebilangan besar warganegara British dan Australia.

Islam ialah agama rasmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu. Agama-agama lain yang dianuti termasuk Buddha (dianuti terutamanya oleh orang Cina), Kristian, serta agama-agama orang asli (dengan jumlah yang amat kecil).

Budaya

Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia, dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam, tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding Malaysia. Jualan dan penggunaan alkohol diharamkan, dengan orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk negara ini. Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup.

Seni dan warisan

Seni disenaraikan di Brunei terdiri daripada pelbagai jenis cabang termasuk:

  1. Puisi, seperti pantun, sajak, syair dan sebagainya
  2. Sastera dan bahasa, seperti koleksi buku-buku novel, sejarah, peribahasa, perambahan Brunei, bidalan , hik ayat dan sebagainya
  3. Muzik tradisional, termasuklah ira manya, rentaknya dan alat-alatnya yang tertentu
  4. Lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat, seperti Samalindang
  5. Tarian tradisional dan teater, seperti zap in, joget, ala i sekap, adai-adai dan sebagainya
  6. Lukisan
  7. Kraftangan, s eperti menenun kain jong-sarat dan meng anyam seperti m embuat bakul se perti tekiding
  8. Memburis perahu, seperti perahu tambang
  9. Pertukangan tangan, se perti emas dan perak untuk barang perhiasan
  10. Senjata seperti keris
  11. Pakaian, perhiasaan dan kustom negara, seperti pakaian etnik negara
  12. Seni mempertahankan diri, seperti pencak silat
  13. Pantang larang
  14. Adat, seperti adat perkahwinan
  15. Adat-istiadat negara
  16. Makan sirih pinang.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Brunei

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.